bentuk tubuh & busana: Apple shape

ok dearie. now turn APPLE SHAPE.

[1] Posture - Kurus di bahagian bawah badan iaitu pinggul & kaki. Mempunyai bahu & dada berbidang besar serta torso yang lebar & lilitan pinggang yang agak penuh. Biasanya, ukir lilit dada adalah 1 inch atau lebih besar daripada ukur lilit pinggul.

[2] Tips - Jangan pilih busana yang mempunyai penataan yang terlalu sarat di bahagian lengan. Ia akan membuatkan bahagian torso (bahagian utama tubuh, tidak termasuk kaki, lengan & kepala) kelihatan lebih lebar & nampak sarat di bahagian atas badan. Pemakaian korset agak kurang membantu membentuk tubuh APPLE-shape. Dengan itu, mainan ilusi dari segi pandangan mampu membantu. Tambahkan penataan hiasan pada bahagian pinggang atau gaun busana yang direka sempurna dengan bahagian bawah baju (pinggang ke bawah) lebih lebar. Gaya ini mampu memberi impak terbaik pada penampilan. Ia mampu menarik perhatian pandangan yang lebih pada bahagian pinggang ke bawah, sekaligus menyeimbangkan ilusi pandangan pada tubuh. Selain itu, penataan pada bahagian leher busana juga memainkan peranan. Bentuk yang dicadangkan adalah:


sweetheart neckline. a bit sexy


V-neck. pun sexy

Elakkan bentuk potongan leher tinggi kerana gaya ini menampilkan bahagian bahu & dada yang lebih lebar.

[3] Style - Busana yang sesuai digayakan adalah:


tea length wedding dress


empire line wedding dress


princess line wedding dress


a-line wedding dress

Ball gown wedding dress juga sesuai. Cuba elakkan bentuk busana yang berpotongan trumpet.


Design baju untuk Apple-shape lebih kurang Pear-shape cuma gaya tata hiasan yang sedikit berbeza.

Siapa yang punya bentuk tubuh Jam Pasir a.k.a Hour Glass? ouh, anda sememangnya bertuah!

6 comments ♥ ♥:

Zainur said...

Kalau yg tak ada bentuk badan stright dr atas sampai bwh...agak2 apa yg sesuai...huhuhu... Selalu konpius antara apple and pear shape...anyway thanx for the lovely info :)

♥♥relyza♥♥ said...

zainur,
ada lagi ni tak publish. wait arrr

Mrs. Amie said...

kak amie suka giler princess line wedding dress tuh! OMG! i love it so much!

♥♥relyza♥♥ said...

sis amie,
same!!! cantik kan. nampak simple tp perfect. akak, jom buat 1. pakai dtg wed sy nnt. hehee

Mrs. Amie said...

yerla..kak amie nak try tempah 1 dgn rizman ruzaini nnt..harusss!

♥♥relyza♥♥ said...

sis amie,
wah! jgn overshadow panten ekkk
eheheh